Mengenai PI1M

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PI1M yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI1M menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PI1M, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PI1M



Sejarah

Kampung Bukit Diman ini terletak kira – kira 16.8km daripada Bandar Kuala Berang.Berada dalam mukim Penghulu Diman. Mengikut cerita orang-orang lama (tua) yang tinggal di kampung ini, ada 3 orang perantau yang berasal dari Pahang yang diketuai oleh Pak Diman. Pak Diman bersama dua orang pembantunya membuka tanah baru di kawasan ini yang ketika itu belum mempunyai nama. Tanah yang diusahakan oleh Pak Diman ialah tanah yang berbukit-bukau. Di tempat tersebut, beliau telah mendirikan pondok tempat berteduh dan menanam pokok buah-buahan serta padi. Pak diman merupakan seorang yang berilmu, baik hati, suka menolong orang kampung dan sebagainya. Orang kampung mula mempercayai Pak Diman kerana kebaikan dan ketulusan hatinya, lalu melantik beliau sebagai ketua di kampung ini. Bagi memberi penghormatan kepada beliau, orang kampung bersepakat menamakan kampung ini sempena nama pak diman , oleh kerana Pak Diman membuka tanah yang berbukit-bukau jadi nama kampung ini di gelar sebagai Kampung Bukit Diman. Dan nama ini kekal sehingga sekarang.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2014 | TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017


BACAAN YAASIN

Aktiviti Terkini | 21 Oktober 2017

Aktiviti bacaan yaasin dengan kerjasama PI1M Bukit Diman dan Perpustakaan Desa telah diadakan bagi menyemarakkan semangat cintakan Al-Quran ...baca selanjutnya

SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN 60

Aktiviti Terkini | 17 September 2017

Program ini bertujuan menanamkan sifat patriotik kepada warga belia dan penduduk kampung setempat dan mencungkil bakat-bakat orang kampung dalam aktiviti yang dijalankan serta membuka minda dan daya kreativiti kanak-kanak supaya lebih kreatif...baca selanjutnya

KEM CAKNA MATA KITA DARI PECO

Aktiviti Terkini | 01 Ogos 2017

Aktiviti ini dapat membantu komuniti yang berpendapatan rendah dan susah untuk keluar ke pekan bagi mendapatkan pemeriksaan mata dari doktor yang bertauliah...baca selanjutnya

Majlis Sambutan Hari Raya PI1M Bukit Diman

Aktiviti Terkini | 15 Julai 2017

Majlis ini adalah untuk menghargai kesetiaan ahli PI1M dan penduduk kampung yang sentiasa memberikan sokongan dan bersama-sama dalam membantu pi1m bukit diman untuk terus berkhidmat kepada masyarakat setempat....baca selanjutnya

MENJAHIT KEYCHAIN DIY

Aktiviti Terkini | 11 Jun 2017

Aktiviti ini dapat membuka minda dan daya kreativiti kanak-kanak supaya lebih kreatif dan mengisi kekosongan masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah serta memupuk persaingan yang sihat di antara rakan-rakan...baca selanjutnya

MARI MENGAJI AL-QURAN

Aktiviti Terkini | 01 - 08 Jun 2017

Aktiviti yang dijalankan ialah mengajar kanak-kanak mengaji al-quran di sepanjang cuti sekolah dan bersempena dengan bulan ramadhan dan memperbetulkan bacaan tajwid para pembaca...baca selanjutnya

JALINAN MESRA MEDIA BERSAMA PI1M ANJURAN SERANTA

Aktiviti Terkini | 23 Mei 2017

Jalinan mesra ini bertujuan memperkenalkan PI1M kepada orang luar dan dapat memperkenalkan program Klik Dengan Bijak yang dianjurkan di PI1M...baca selanjutnya

PROGRAM IHYA’ WASATIYYAH WARGA FELDA ANJURAN SERANTA

Aktiviti Terkini | 22 Mei 2017

Program Ihya' ini dapat mengeratkan hubungan dengan ppenduduk kampung dan menjalankan kolaborasi bersama agensi setempat dan membantu usahawan memasarkan produk perusahaan mereka....baca selanjutnya

PROGRAM MCMC CARE EMPOWERING PERINGKAT HULU TERENGGNU 2017

Aktiviti Terkini | 10 - 12 Mei 2017

Tujuan program ini diadakan adalah untuk memperkenalkan kebudayaan dan tradisi Terengganu kepada orang luar dan memperkenalkan tempat-tempat menarik di sekitar Hulu Terengganu sekali gus dapat mempromosikan PI1M kepada penduduk sekitar...baca selanjutnya

'Public Speaking & High Impact Presentation Training'

Aktiviti Terkini | 24 - 25 April 2017

Kursus ini melibatkan 56 Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) Wilayah Timur. Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan tentang cara menyampaikan perbentangan dan memberi penerangan yang lebih jelas tentang pengurusan PI1M kepada Pengurus & Penolong Pengurus setiap PI1M....baca selanjutnya

MEMBUAT KRAFTANGAN BAKUL DIY BERSAMA MURID PENDIDIKAN KHAS

Aktiviti Terkini | 01 April 2017

Aktiviti ini dapat mengeratkan hubungan staff dengan komuniti setempat terutama sekali dengan anak-anak istimewa dan guru mereka dan membuka minda dan daya kreativiti anak-anak istimewa supaya lebih kreatif serta memberi pendedahan kepada anak-anak istimewa supaya lebih berdikari...baca selanjutnya

AKTIVITI MEMBUAT MINI PIZZA

Aktiviti Terkini | 04 Mac 2017

Aktiviti ini mengajar kanak-kanak cara-cara membuat mini pizza yang mudah dan sedap dengan menggunakan topping yang telah disediakan....baca selanjutnya

KELAS USAHAWAN 2.0 'BASIC PHOTOGRAPY'

Aktiviti Terkini | 18 Februari 2017

Kelas Usahawan ini membuka minda dan daya kreativiti usahawan supaya lebih kreatif dan membantu usahawan mempromosikan produk masing-masing serta memberi pendedahan dan teknik-teknik fotografi supaya hasil gambar produk lebih menarik dan cantik...baca selanjutnya

AKTIVITI MEMBUAT DEKORASI PADA CUP CAKES

Aktiviti Terkini | 11 Februari 2017

Aktiviti ini dapat mengeratkan hubungan staff dengan ahli PI1M, membuka minda dan daya kreativiti kanak-kanak supaya lebih kreatif, mengisi kekosongan masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah dan memupuk persaingan yang sihat di antara rakan-rakan...baca selanjutnya

AKTIVITI “ CHALLENGES TO EAT SPICY RAMEN MAGGIE ”/h1> Aktiviti Terkini | 07 Januari 2017

Aktiviti ini dijalankan berikutan viral yang sedang menular di laman sosial. Aktiviti ini juga dapat mengisi masa lapang kanak-kanak disamping mengeratkan hubungan silaturrahim...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti