Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Kampung Bukit Diman ini terletak kira – kira 16.8km daripada Bandar Kuala Berang.Berada dalam mukim Penghulu Diman. Mengikut cerita orang-orang lama (tua) yang tinggal di kampung ini, ada 3 orang perantau yang berasal dari Pahang yang diketuai oleh Pak Diman. Pak Diman bersama dua orang pembantunya membuka tanah baru di kawasan ini yang ketika itu belum mempunyai nama. Tanah yang diusahakan oleh Pak Diman ialah tanah yang berbukit-bukau. Di tempat tersebut, beliau telah mendirikan pondok tempat berteduh dan menanam pokok buah-buahan serta padi. Pak diman merupakan seorang yang berilmu, baik hati, suka menolong orang kampung dan sebagainya. Orang kampung mula mempercayai Pak Diman kerana kebaikan dan ketulusan hatinya, lalu melantik beliau sebagai ketua di kampung ini. Bagi memberi penghormatan kepada beliau, orang kampung bersepakat menamakan kampung ini sempena nama pak diman , oleh kerana Pak Diman membuka tanah yang berbukit-bukau jadi nama kampung ini di gelar sebagai Kampung Bukit Diman. Dan nama ini kekal sehingga sekarang.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2014 | TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018


jom kemaskini BRIM

Disember 2014 | Berita Semasa Program sehari bersama penduduk kampung ...read more

kdb & santai petang

November 2014 | Berita Semasa Santai petang bersama pengunjung pi1m ...read more

MELUKIS POSTER

Oktober 2014 | Berita Semasa

Sebagai mengisi masa terluang kami pihak pi1m telah mengadakan aktiviti melukis poster sempena awal muharam ...read more

AKTIVITI SANTAI PETANG

September 2014 | Berita Semasa

Sebagai mengisi masa terluang kami pihak pi1m telah mengadakan aktiviti santai petang bersama kanak-kanak...read more

JAMUAN HARI RAYA DAN PROMOSI AHLI PI1M

Ogos 2014 | Berita Semasa

Sempena hari raya aidilfitri,pi1m bukit diman dengan kerjasama JKKK kg bukit jabar telah mengadakan jamuan raya dan promosi ahli bertempat ...read more

MAJLIS BACAAN YASSIN

Julai 2014 | Berita Semasa

Pada bulan Julai 2014 Pi1m telah mengadakan majlis bacaan yassin anjuran bersama perpustakaan desa ...read more

gotong royong bersama penduduk kampung

21 Jun 2014 | Berita Semasa

Pada 21 Jun 2014 Pi1m Bukit Diman telah bekerjasama dengan jawatankuasa masjid untuk mengadakan aktiviti gotong royong membersihkan kawasan masjid dan kubur... read more

kdb sk bukit apit dan pertandingan mencipta logo masjid kg bukit diman

07 Mei 2014 | Aktiviti Terkini

Sejajar dengan seruan kerajaan untuk mengurangkan kadar jenayah ciber, 1 program telah dilancarkan oleh pihak SKMM dengan kerjasama Pusat Internet 1 Malaysia... read more

Program KDB bersama pengunjung pi1m

27 April 2014 | Aktiviti Terkini

Program KDB pertama kali dilaksanakan di PI1M Bukit Diman..read more

PERTANDINGAN MEMBUAT TANGLUNG

24 Feb hingga 25 Mac 2014 | Berita Semasa

Pada 24 Feb hingga 25 Mac 2014 Pi1m telah mengadakan pertandingan membuat tanglung bagi meningkatkan daya kreativiti kanak-kanak ...read more

lagi berita & aktiviti