Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Kampung Bukit Diman ini terletak kira – kira 16.8km daripada Bandar Kuala Berang.Berada dalam mukim Penghulu Diman. Mengikut cerita orang-orang lama (tua) yang tinggal di kampung ini, ada 3 orang perantau yang berasal dari Pahang yang diketuai oleh Pak Diman. Pak Diman bersama dua orang pembantunya membuka tanah baru di kawasan ini yang ketika itu belum mempunyai nama. Tanah yang diusahakan oleh Pak Diman ialah tanah yang berbukit-bukau. Di tempat tersebut, beliau telah mendirikan pondok tempat berteduh dan menanam pokok buah-buahan serta padi. Pak diman merupakan seorang yang berilmu, baik hati, suka menolong orang kampung dan sebagainya. Orang kampung mula mempercayai Pak Diman kerana kebaikan dan ketulusan hatinya, lalu melantik beliau sebagai ketua di kampung ini. Bagi memberi penghormatan kepada beliau, orang kampung bersepakat menamakan kampung ini sempena nama pak diman , oleh kerana Pak Diman membuka tanah yang berbukit-bukau jadi nama kampung ini di gelar sebagai Kampung Bukit Diman. Dan nama ini kekal sehingga sekarang.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2014 | TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018


MEWARNA SEMPENA 1 MALAYSIA

Berita Terkini| 21 SEPTEMBER 2015

baca selanjutnya

TEMUDUGA UNTUK PI1M TOK RANDOK

Aktiviti Terkini | 14 JUN 2015

baca selanjutnya

GOTONG ROYONG PERDANA KG BUKIT DIMAN

Aktiviti Terkini| 13 JUN 2015

Orang Ramai Boleh Menghubungi PI1M Berdekatan Bagi Mendapatkan Maklumat Lanjut Dan Urusan Pendaftaran Latihan. baca selanjutnya

Latihan Usahawan PERCUMA !!

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Orang Ramai Boleh Menghubungi PI1M Berdekatan Bagi Mendapatkan Maklumat Lanjut Dan Urusan Pendaftaran Latihan. baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti